My Spirit.. :)

Sunday, July 31, 2011

what?! abg pos laju datang meminang aku?!

okeh,, macam ni citer dia... masa ni aku baru balik dari mana ntah... masa aku nak smpai dah rumah aku dalam 5 minute macam tu,, aku dapat call... number celcom... siapakah?? aku angkatlah takot-takot urgent case ke.. mana tau kan?? ikuti perbualan kami..

aku: helo,, siapakah dikau yang menelefonku itu? (jangan percaya aku cakap macam ni)
abg pos laju (APL) : helo,, saya nak cari rumah awak ,, tak jumpa.. kampung tteeettt kat mane ye?
aku: ha??!! mengapakah??
APL: saya nak bagi hantaran ni...
aku: what???!!! oke2... rumah saya kat bla... bla.. bla... ada konopi putih (persiapan untuk majlis meminang)
APL: okeh,, kejup lagi saya sampai...

aku pon drive laju-laju... biar aku sampai dulu sebelum APL sampai... aku tak prepair apa-apa lagi kot.. mati! mati!... sampai je kat rumah, aku keluar kereta, nak ambil barang kat belakang tiba-tiba.....,, pppiiiinnnnn!!! ppiinnn (amboi,, hon... xcited la tue nak datang meminang)

aku pon tanpa segan silu terus menuju ke arah APL tersebut... then dia terus bagi barang hantaran tu (tak sabarkan dia?? bukan nak masuk rumah dulu,, jumpa family ke dulu.. haish!).... korang nak tengok tak apa dia bagi.... hehehehe.... excited nak tunjuk ni... jeng! jeng! jeng!


fine! aku tahu lah dia keje kat pos laju tapi takkan la bagi hantaran pon macam ni... kalau mak aku nampak confirm kene reject.. haishh!!...

ok...! dah eyna!!! dah cukup lah tu berdrama.... actually aku lah yang beli barang ni... dah sampai dah pon... suka suki APL je tak ingt rumah aku (bajet macam selalu beli on9 la tuh) hehehe,.. konopi tu pulak memang tempat parking kereta... kalau nak bagi peta kat orang pon senang,, bagitahu je ada konopi putih.. hehehe... nak tahu tak apa isi dia...  TTAADDAAA!!!

aku beli beg... comel tak?? ha? apa? tak??? kesah pulak aku kan?? hehe... yang penting bagi aku tetap comel.... hehehe.. aku beli beg ni kat LOLY POP... nama kitaorang sama kan?? ejaan je lain.. maybe sebab tu la aku berkenan kot.. hahaha... aku dapat beg ni pon cepat.. tak buat aku tertunggu-tunggu... hehe... aku pon apa lagi.. beg dah dapat,, melaram la kan???



first style *abaikan keadaan bilik tersebut..


second style... *abaikan beg yang langsung tak matching dengan baju.. janji aku happy


3rd style.... *abaikan kualiti pict yang tak seberapa tu...

pakai tali panjang nampak comel.. hehe.. (tetiba puji diri sendiri).. aku puji beg okey! hehehe.. 

kalau korang nak jugak beg macam aku ni... boleh la klik sini laju-laju... ada beg-beg comel macam aku... ada blouse, baju kurang,, apa tunggu lagi.. terjahhhhh!!!! hehehe....

thanx LOLY POP & APL... eynalollipop suka sangat-sangat... hehehe.. 
suka?? like la.. hehe

perkara orang jarang buat, tapi buat bila puasa...



1. Kalender / Takwim...
  • sebelum puasa jarang orang nak tengok kelendar islam kecuali bagi mereka2 yang puasa sunat or ganti... TAPI time puasa,, uiissshh!! mana boleh tak tengok,, kalau tak nak tahu macam mane bila nak buka puasa dan bila imsyak... dan nak menghitung hari puasa tinggal berapa hari lagi.. hehehe..

2. Balik Awal
  • sebelum puasa tak kesah pon nak balik pukul berapa,... kadang-kadang keluar pagi, malam baru lah tahu nak balik.. TAPI time puasa,,, wajib balik sebelum maghrib... hehehe... tak sabar nak berbuka lah katakan.. makanan tak hidang lagi pon dah terpacak depan meja makan.. 

3. Time Jam
  • sebelum puasa tunggu mak gerak je kejutkan bangun subuh... kadang-kadang matahari nak naik baru tahu nak bagun, tue pon lepas dah kene bebel dengan mak.. TAPI time puasa tahu pulak pasang alarm 5.00,, tak nak terlepas sahur... kalau terlepas tak pasal-pasal muka monyok 1 hari... nak ponteng tak boleh,.. masa budak-budak takpe lakot puase sekerat hari..

4. Pergi Surau / Masjid
  • sebelum puasa masa jumaat je pergi masjid,, sebab nak solat jumaat,, xpon pegi masa isyak sebab ada ceramah (padahal bukan nak pergi ceramah sangat tapi ada makan free).. hehehe.. TAPI time puasa,, setiap malam pergi untuk solat terawih,, bagi perempuan-perempuan yang cuti-cuti malaysia maybe lah termiss.. hehehe

5. Mengadap Tv
  • sebelum puasa malas nak tengok tv... layan fesbuk or kluar dengan kawan-kawan lagi best.. TAPI time puasa,, rancangan masak-masak kot,, kuih raya, lauk-lauk,, semua ada.. mana boleh tak tengok.. lepas dah asar tengok waktu berbuka pulak bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.. hehehe...

6. Pergi Bazar
  • sebelum puasa nak pergi pasar malam malas giler kot... kadang-kadang je pergi tu pon kalau mak yang suruh... TAPI time puasa,, mak tak suruh pon dah tawar diri nak pergi,, nak tunggu berbuka lambat lagi... dihidang pulak dengan makanan yang pelbagai... perrrghhh!! tergugat iman...

7. Diet!!
  • sebelum puasa nak diet susah,, tengahari mak masak sedap-sedap.. malam kawan-kawan ajak keluar makan pulak... mana boleh tak makan,, rezeki jangan ditolak... hehehe... TAPI time puasa dah tak boleh makan tengahari... masa berbuka pon perut dah penuh... hehe.. malam pulak nak pergi terawih.. so tak ada peluang la untuk makan banyak-banyak...

semua perubahan pon ke arah yang positif... baguslahkan dalam setahun ada jugak 1 bulan yang amal kita paling banyak... kalau boleh kekalkan lagi lah bagus.... semoga amal kita diterima... SALAM RAMADHAN..


ikhlas: ~eynalollipop~
suka?? like la.. hehe

Sunday, July 24, 2011

Five Thing In My Life

~ 5 things found in my bag
  • purse
  • pen
  • cellphone
  • tisu
  • kunci

~ 5 things found in my purse
  • of coz la ic
  • money!! hehe
  • atm card
  • lesen
  • resit2 ntah from zaman bila.. hehe..

~ 5 things favourite things in my room
  • bantal mucuk love..
  • blanket of coz
  • mirror
  • alat solek y bersepah2.. hehe..
  • tilam yang empuk untuk tido yang nyenyak! haha

~ 5 things i always wanted to do
  • kahwin!!!!
  • study sampai lebam...
  • nak bahagiakan my mum..
  • i want buy a car
  • want to hug my dad..

~ 5 thing i currently into
  • fesbuk
  • msg
  • blog walking
  • on my blog
  • hungry!!

~ 5 person who inspired you now are
  • my mum...
  • my abg2 n kakak2..
  • my gud friend mr.F >_<
  • all of my bestfriend
  • all my scandal... haha [jus kidding]

~ 5 word yang nak sangat aku keluarkan sekarang
  • tak sabar nak tunggu awak balik kl... nak jumpa.. hehe.. [padahal baru je pergi ptg td]
  • Alhamdulillah sebab masih dapat menyedut udara Allah lagi..
  • sayang my mum so much!! muah3x......
  • aku nak berjaya dunia akhirat....
  • miss my dad... i want to meet him right now.. can i? :(

~ 5 people you want to tag
*ambil dari xcadbury
suka?? like la.. hehe

Saturday, July 23, 2011

Merungkai Segala Persoalan: Apa Itu Zina Hati?



Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!


yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati.


CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN

1) "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa"

Jawapan: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???

2) Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.


Jawapan: Anda masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya???

Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagho dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan.


3) Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dgn konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kite tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yg berdosa atau pun keduanya?


Jawapan: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Heheh… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak…hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan.
Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati.


4) Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ini sudah berniat untuk berkahwin, adakah rindu antara mreka juga dikatakan zina hati?
Maka menjawablah seorang ustazah: “Yap!! selagi belum berkahwin”.


Jawapan: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yang diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah?

5) Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yang kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala'zim. Kita sekarang terlalu terdedah dengan benda-benda yang lagho. Lupa mengingati Allah.


Jawapan: Dosa besar??? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dalam dosa besar??? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dalam kategori dosa kecil yang disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dengan melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus.

Soal lagho dan lupa mengingati Allah itu soal lain. Kalau nak bercerita tentang lupa mengingati Allah ni, semua manusia tidak terlepas termasuklah para sahabat Nabi terdahulu kerana kita adalah manusia bukan malaikat. Cubalah menjadi manusia yang baik, jangan cuba menjadi malaikat.

6) Jika kita rindu seseorang ajnabi kerana kita memang couple dengan dia, tak kiralah berjumpa atau tidak, itu dikira zina hati. Kalau tak couple, tapi mungkin minat, dan lama-lama jadi rindu jika tak berjumpa, pada mulanya fitrah, tetapi apabila tak dikawal, dielak, tak mujahadah, itu boleh menjadi zina hati.


Jawapan: Pulak dah, ada beza pulak antara yang bercouple dengan tak bercouple. Jawapan yang langsung tiada asas ilmu, sekadar mengagak-agak saja.

7) Saya selalu digosip kawan-kawan dengan seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ini menyebabkan saya terpalit dengan dosa zina hati kerana mengingati seseorang yang bukan mahram dengan saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya.


Jawapan: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yang bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, cikgu tuisyen anda, pak guard sekolah anda,perdana menteri Negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu… Hai, mudah-mudah saja membuat hukum sendiri ya.

8) Nak tanya sekejap. Zina hati tu dikira apabila kita teringat seseorang yg berlainan jantina untuk seketika atau teringat selalu hingga termenung?

Lalu menjawablah seorang rakannya: “Teringat seketika atau selalu tetap salah. Sebab kita ni kena selalu ingat kepada ALLAH”.

Jawapan: Hohohoho…I’m speechless. Tak sangka, ada juga jawapan sebegini. Teringat seketika pun tak boleh ya, kena selalu ingat Allah sepanjang masa 100 peratus ya. Kalau macam tu sahabat Nabi pun kalah dengan awak. Hebat betul awak ya, sama taraf dengan malaikat.
Sesungguhnya dalam Al-Qur’an pun Allah tak suruh kita ingat kepadaNya sentiasa kerana itu adalah perkara yang mustahil dan ulama menyebut bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan manusia dengan perkara yang mustahil untuk dilakukan.
Sebab itu, Allah hanya menyuruh kita supaya banyak ingat kepadaNya, bukan selalu ingat kepadaNya. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat ke-41:
((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً))
Maksudnya: ((Wahai orang-orang yang beriman, ingatilah Allah dengan ingatan yang banyak)).


9) Sekarang ni saya tengah buntu. Saya sekarang bercinta dengan seseorang. Tapi kami mahukan perhubungan kami diredhai Allah. Tetapi baru-baru ni saya ada baca nota yang mengatakan bercinta adalah haram dalam Islam. Betul ke? bercinta juga mendekatkan diri kepada zina iaitu zina hati. merindui dan mengingati antara satu sama lain. Jadi, apakah yg perlu saya buat?
Maka berfatwalah seorang rakannya: “Bercinta tu memang haram. Bila dah bercinta kita selalu rindu, kadang-kadang ingat kat dia dan macam-macam lagi. Itulah yang dinamakan zina hati. Sebab itu, bercintalah selepas kawin.

Jawapan: Sama juga masalah dengan mereka yang sebelum-sebelum ni. Keliru dengan maksud bercinta, lepas tu tak memahami erti zina hati yang sebenarnya..
Adapun soal bercinta sebelum atau selepas kahwin, kalau dimaksudkan dengan perasaan cinta, maka bagi saya perasaan cinta itu perlu ada sebelum kahwin bukan selepas kahwin, manakala aktiviti percintaan itulah yang dilakukan selepas kahwin. Sebab itu Nabi menyuruh sahabatnya kalau nak melamar perempuan tu tengok dulu, supaya timbul perasaan cinta dalam hati. Kalau setelah melihat tapi tidak timbul rasa cinta dan berkenan tu, maka cari yang lain.


10) Bagi saya memang zina hati susah utk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dengan bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman?

Jawapan: Astaghfirullah, pandangan yang penuh dengan ta’annut dan tasyaddud. Anda gagal dalam memahami maksud zina hati dan zina kecil yang lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa,bertanya khabar adakah itupun nak dilabelkan sebagai zina..Anda sudah tersasar jauh dari maksud zina hati sebenarnya.
Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah mengkategorikan hal itu dalam bab zina tangan tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagho tak berfaedah.
Sudahlah anda gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yang melakukan zina kecil dengan mereka yang melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah.


11) Zina hati sebenarnya apabila kita mengingati seseorang secara berlebih-lebihan.

Jawapan saya: Fahaman anda juga tersasar.



*copy from iluvislam.com


Sambungan,, klik sini.. suka?? like la.. hehe

Merungkai Segala Persoalan: couple? haram ke?




ENTRY NI PANJANG.. LUANGKANLAH MASA UNTUK MEMBACA BAGI MENAMBAH ILMU..


APA HUKUM BERCINTA/COUPLE?


Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain??

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.
Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.
Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

terdapat hadis, Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

Jelas melalui sebuah hadith bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.


*copy paste from iluvislam.com


DAH BACA NI? WAJIB TAHU ZINA HATI DI SINI suka?? like la.. hehe

Thursday, July 21, 2011

Bufday Gurl Here...!!!


Assalamualaikum....

Alhamdulillah.... masih bernafas lagi aku pada 22 julai 2011 ni... genap 21 tahun aku hidup atas muka bumi ni... waahhh...!! dah tua... tak sangka cepat waktu berlalu.. rasanya macam baru semalam aku menamatkan alam persekolahan,, ceett! ayat skema... hahaha.... kalau dulu aku selalu usik kakak2 dan abang2 aku,, tanya dorang bila nak kahwin, dah ada makwe ke, kekasih orang mana dan macam2 la.. kadang-kadang suka2 hati aku je nak jodohkan kan dorang dengan si polan dan si anu.. hahaha... sedara yang lain pon mengusik perkara yang sama gak... sekarang aku pulak jadi bahan... hahaha... kelakar pulak rasanya... macam tak sesuai je bila soalan-soalan macam tu diajukan dekat aku... aku budak lagi la (perasan muda).. ye,,,! saya memang muda lagi oke... hehehe.....

dikesempatan ni... aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada orang-orang yang telah mentuakan aku dengan cepat.. ehhehe.. aku tak ingat tarikh dorang sambut bufday aku tapi yang pasti pada bulan mei oke.. bufday aku dua bula lagi la... uuwwwaaa....!! hehe... tapi ada sebab tersendiri kenapa bufday aku terpaksa disambut awal... sebabnya masa tu dah nak habis sem,, and pada 22 julai masing-masing semua kat kampung... :)

1. Dayah a.k.a PENGARAH PROJEK & merangkap bendahari : terima kasih sebab buat suprise yang tak menjadi tu ye... hahaha.. banyak la awak punya suprise.. (tapi saya terharu sebenarnya,, keep it silent! saya malu)... hahaha,,, a lot of thanx for you dear... sayang awak lebih lah!! hehehe... (maaf sebab tina-tiba rasa nak ikut awak pegi changlun hari tu).. hahahaha.. lawak la bile ingat balik...

2. Ruby & Akak a.k.a AJK CENDERAHATI: terima kasih hadiah korang tu walaupon beli kat mall je... ttteeetttt!!! hahaha... tapi eyna tak kesah la.. tak bagi apa-apa pon tak pe.... korang ingat eyna pon dah cukup baik tau... eh,, lupa.. bear ruby yang mana er?? yang pakai skrit tu akak kan?? ahhahaha..... btw,,, trima aksih tau.... love u,, muah3...

3. Wany a.ka. AJK MAKANAN: hahaha,,, yang ni pon lawak... terima kasih la sebab awak ajak saya pilih kek yang saya suka?? OMG...! kek untuk saya rupanya... nasib baik saya tak demand kek aiskrim,, kalau tak,, mati kau! hahaha.... berahsia la sangat ye?? bertubi-tubi soalan saya bagi... tak boleh nak jawab... hahahaha.. terima ksih taw awak... muahx,...!

4. Sue, ieha, rose, adah, mira, tikah, zam, leha, ida, sem: thanx jugak sebab sama-sama menjayakan projek rumet.... hehehe... terima kasih sebab perabiskan kek.... hahahaha... terima kasih taw korang..


THANX for the CAKE
~choclate oreo cake~


THANX for the GIVE


oh,, tak lupa jugak pada abang aku yang bagi VIVAZ PRO kat aku.... terima kasih banyak2... hadiah ni pon dibagi awal pada 18 julai sebab abang aku tak boleh nak balik 22 julai ni... aku dah tulis pasal ni,, klik sini .. baca tau... (nak bagi jeles..) hehehe...



juga terima kasih pada semua rakan sek rendah, menengah, rakan uum, rakan fesbuk, rakan ym, rakan blog, rakan kampung, sepupu sepapat, sedara mara yang dah wish or akan wish bufday kat aku... ucap thanx awal-awal tak pe kan?? ehehehe...

papai...! and thanx a lot.. :)
suka?? like la.. hehe

Monday, July 18, 2011

pakai dua inner

okeh... ada kesalahan ayat di situ... sory xperasan.. lepas dah siap baru perasan, malas dah nak edit.... saje try pakai dua inner... pelik?? but i feel awesome!! ♥ rasanye ade je jual inner mcm ni tp sy xpenah jumpe... so that why saya buat mcm ni....

*inner neck 2 xdiperlukan,, sy pakai sebab nak tutup rambut dan leher je... @ anda boleh gunakan inner neck dengan inner biasa... bergantung atas keselesaan masing2... :)

selamat mencuba (kalau nak cuba la.. hehe)



dapat inner di sini
suka?? like la.. hehe

tiru hana tajima


malas ckp byk,, layan je... hehe




dah tgk?? sila la ke sini pulak.. :)
suka?? like la.. hehe

bila mimpi jadi kenyataan.. :)



yeeaahhh....!!!! dapat hadiah bufday.....!!! wah.... hepy giler aku ni macam 1st time dapat hadiah pulak... hehehe.... memang aku sangat xcited dengan hadiah bufday kali ni..... tapi bufday aku bukan hari ni, cuma tuan yang bagi hadiah tu tak dapat balik masa bufday aku... hehe...
nak tahu apa aku dapat??

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TADDDAAAA...!!!!


Vivaz Pro
baru je beli petang tadi,, HOWT2 lagi ni... hehe... oke,, tolong jeles laju-laju..... hahahaha,..... ini hp idaman aku ok... sampai destop aku ppon aku buat wallppr pict phone ni... orang lain sume nak BB la, C3 la,, xperia and apa lagi ntah enset yang orang minat2 sgt.. aku bukan tahu pon.. hehee... tapi aku pulak ngidam phone nie... suka aku la,, dah aku minat nak wat macam mana kan?? hehe..aku jadi giler phone ni selepas kejadian ini >>klik sini<<... ppperrrgghhh,,,, sadis.. haha ;p

nak tahu siapa yang budiman bagi phone nie... my abg.. bkn "abg" ni ye... tak main la... hehe... tapi abang ku si botak a.k.a kodey maxoil.. terima kasih sangat2... aku memang nak beli pon phone ni tp bukan sekarang and tak sangka aku akan dapat semudah ni... Alhamdulillah,, syukur sangat2... aku janji aku akan jaga baik2 dan takkan cuai lagi... :)

si botak dengan vivaz aku.. hehe

aku pulak bersama cayunk yang baru

sudah eyna!!! tak abis2 nak poyo... huhu..

*kepada yang pernah curi phone aku,, jangan harap la kali ni korang akan berjaya.... huh!!
aku takkan bagi peluang kali ke-3 okeh!! ada bran??? cubalah... hehehe~





suka?? like la.. hehe

Sunday, July 10, 2011

GiveAway cik Dil: Kami nak banner flash dan doodle FREE

assalamualaikum....

yeeaahh,,, tak ada kerja lagi... so aku nak join GA... hehe.. gatal kan?? suka hati la...
hehehehehe...

click banner untuk maklumat lebih lanjut...

syaratnya senang saja:


  1. buat entry seperti tajuk di atas..
  2. copy banner GA...
  3. follow blog tersebut (tapi kalau taknak pon takpe katenya)
  4. tag dua orang rakan ----> mahabbah fillah n cik qiqi
  5. dan copy url entry di komen entry GA tersebut..

okrh,,, done! :)
suka?? like la.. hehe

Saturday, July 9, 2011

Kamera Suka Saya


hari ini pergi keluar hantar tudung customer.. Alhamdulillah setakat ni perjalanan perniagaan dipermudahkan Allah... kalau ada yang berminat nak beli tudung untuk diri sendiri or family boleh la >>klik sini<<..

oke,, sebenarnya bukan itu aku nak ceritakan... hehe...

niat nak balik lepas bagi tudung kat customer tapi tetiba rasa nak jalan-jalan pulak kat pantai (pantai lagi)...

so apa lagi,,, pergi la sana and pada masa yang sama mood ambil gambar ni berkobar-kobar and berapi-api lah pulak... hehehe... so apa lagi... terjadi agenda lain lah pulak... agenda ape?? ha??!!! ambil gambar la ape lagi.. hehehe...

so cekidout pictca yang diambil oleh orang lain bermodelkan aku... hehehehe...

agak poyo di situ... tak tahu nak buat gaya apa..

suka pict ni sebab saya nampak tinggi.. aawwww!!

ni pon ok.. 

ini pon sangat lah lawa.. like yaaawww!!

thanx to incik yang sanggup melayan karenah saya... hehehe... siapakah orangnya?? ok lah,, aku letak pict dia jugak... kang tak pasal-pasal terasa... hehehe..

yyeeahh!! dengan seluar kuningnya.. hahaha..

nampak macam berlarikan? memang berlari pon.. aku suka gambar ni sebab aku berjaya snap dengan pantasnya!!! hehehe...

oke... itu saja... wah... penat, penat, nak tido lah lepas ni... nyte all..!! 

*seluar kuning incik itu sangat tak boleh bla...


suka?? like la.. hehe

Saya Suka Jalan....

Assalamualaikum...

kelmarin 8 julai 2011 aku dengan cik qiqi, cik pipah, ayu n aja darl' pergi membuang masa bersama...
tapi masalah kitaorang kalau dah keluar mesti tak tahu nak pergi mana....
seharian pikir tapi tak jugak dapat tempat....
asal keluar je pergi pantai and kepci... huhu... agak bosan di situ....
sementara aja darl tengah drive,, aku pon terpikir satu tempat... aku tak pernah pergi pon...
saje la nak try power.. hehehe..
so kitaorang pon pergi makan kat KILLINEY..
boleh lah tahan.. nanti bila-bila keluar boleh layan tempat ni lagi.. hehe...

cik qiqi with aja darl
ayu and aku
cik pipah and ayu

then lepas makan, baru lah 'lepaking' kat  pantai sambil main layang2... (pantai lagi,, apa pon tak boley!)
malas cakap banyak... tengok je la pict kitaorang berfoya2.. hehehe..


bespren dari form 1... lama tue....
best jugak main layang2... hehe..

pict terakhir sebelum balik.. cubaan untuk ambil gambar berlima berjaya!! hehe...

seronok sangat dapat keluar dengan korang semua.. nanti kita pergi luar dari kuala terengganu keh?! hehehe...
suka?? like la.. hehe

Saturday, July 2, 2011

wah!! cantiknya.....

apa yang cantik tue ye??? actually ni first time aku nak berbisnes... hehehehe..
banyak tudung cantik2.. harga pon berpatutan... :)







nak tahu lebih lanjut >>klik sini<< suka?? like la.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...