Ini adalah post terakhir aku sebelum berangkat ke uum.. Beberapa minit je lagi tapi masih sempat.. huahuahua.. Bila aku dah ada kat uum mesti jarang la aku nak update blog ni jadi aku kenalah gunakan peluang ini sebaik mungkin dengan menaip sepantas kilat...! hahahaha..
Oke lah,, aku nak bagitahu korang macam mana cara aku nak nampak muka segar-megar.. caranya senang saja.. Perhatikan gambar di bawah :
Sebelum
Selepas
Nampak tak perbezaannya? Hanya pada mata je boleh menjadikan muka anda berseri-seri dan segar.. hehe.. xpayah nak tempek makeup tebal-tebal.. Sekali zzuupp je dengan eyeliner IN2IT ni dah dapat selesaikan masalah.. hehehe...
Kalau aku jalan jauh-jauh yang memerlukan aku singgah solat dimana-mana, eyeliner ni mesti ada dalam beg aku.. hehe..
Ini lah dia rupa eyeliner yang aku beli.. Aku sangat berpuas hati dengan eyeliner dari IN2IT ni.. Sangat senang nak kenekan.. Meh aku bagitahu antara kebaikannya:
- super long wearing
- waterproof (ye, betul, walaupon berpeluh tapi tetap melekat di mata)
- dries in 60second (tapi rasanya 10saat je dah kering, pantas! )
- dries to a shiny finish
- flexi-tip applicator for fine lines
- no bleeding, no running
- no smudging or 'panda eyes'
- no fragrance
- easy to apply & remove
Semua terbukti setelah sekian lama aku menggunakannya.. Yang terakhir tu sangat la setuju.. Walaupon dia cakap waterproof tapi jangan risau, bila anda ambil wuduk, memang boleh hilang dan sangat senang nak hilang,, dia tak bersepah jadi tak sakit mata anda nak lap banyak kali..
Anda boleh guna hujung kuku, dengan bantuan air dan pencuci muka, sekali tarik dah tertanggal macam gam zaman sekolah dulu, bukan gam gajah oke!.. hehe
Gambar di atas ni pon produk dari IN2IT,, tapi yang jenis sparkling punya... ada gliter-gliter.. so kalau feeling-feeling nak jadi retis.., boleh la beli yang macam ni,, sangat menarik dan tak over sangat.. so sesuai la untuk aku yang suka simple-simple ni..
Harganya pon ok-ok la.. Around RM14 - RM22... So cubalah cinta aku ni, mana tahu akan jadi cinta baru anda pulak.. hehehe.. =)
P/s: Nak bersiap-siap untuk mengejar masa depan pulak.. hehehe..
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me suka?? like la.. hehe
6 comments:
mcm best..nnty nk try r..
hihi..comels..:)
hari ni nad buat blogwalking besar2an.. xtahu la knal nad lagi ke x..:D
http://www.nornadiah.com/2012/04/jom-blogwalking-part-1.html
ain: a"ah,, mmg bes pon dear..
nad: thanx.. :)
around rm14-rm22. cer kasi harga dia yg sbnar . hahaahaha. terhenggen la nk beli. sblum ni dh beli blusher and conclear IN2IT and i loveeeee it ! rasa macam nk guna produk ni je. ehhe
dia ade banyak harga,, kalau yang sparkling murah lagi dari yang black ni... try la,, syokk.. :)
Wow,bseri seri nye dye <3
Post a Comment