My Spirit.. :)

Sunday, August 5, 2012

Trifle _ Desert simple for Iftar..

Assalamualaiku w.b.t...


Hari ini aku nak kongsi dekat korang semua cara membuat trifle.. sangat simple, jadi kalau macam dah tak ada idea sangat nak buat apa,, boleh cuba resepi ini.. Adik-adik pon boleh buat tapi minta izin mak ayah dulu ok? hehe...

Bahan-bahan yang perlu ada ialah:
BAHAN A
Chocolate cake.. ( Beli je kat kedai..)


BAHAN B
1 cawan Tepung kastad (senget)
1 cawan susu cair
1 cawan gula
2 1/2 cawan air


BAHAN C
Jelly Powder

Caranya mudah je..

#1. Potong kek coklat then susun dalam bekas.. (agak-agak muat la satu kek tu)
#2. Campurkan semua bahan-bahan B dan masak sehingga berkilat then tuang atas kek yang telah disusun..
#3. Masak jelly ikut peraturan yang disediakan dikotak then tuang kat atas lapisan kastard
#4. Hias dengan buah-buahan kesukaan anda, pakai cocktail pon boleh..
#5. Sejukkan, tak nak pon tak apa...
#6. Tunggu azan maghrib untuk berbuka puasa dan boleh la makan selepas makan kurma.. haha..


Beginilah ghupenye... hehe.. comot-comot sikit.. biasa lah.. seni.. hehehe..


*Pandangan dari tepi... Kau tengok kastard dye,. beromabak habis,, kalah ombak rindu.. (ini lah masalah kalau tangan terlalu seni).. hahaha..

*Gambar ni aku just nak bagi nampak cara susunannya,, yang bawah sekali kek, tengah kastard dan atas jelly..


P/s: Sebelum makan jangan lupa baca bismillah yer... Selamat Berpuasa.. :)


suka?? like la.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...