My Spirit.. :)

Thursday, March 31, 2011

..:DaRi PanDangAn MatA:..


bak kata orang dari mata turun ke hati... hurmmm,,, tapi ikhlaskah pandangan mata tu?.. atau hanya pandangan palsu yang akan berakhir dengan kekecewaan.... ketahuilah rahsianya...!!! :)




MEMANDANG KE KANAN DAN KE ATAS

kalau semasa korang bercakap dengan seseorang dia memandang ke arah dan pandangan mata ke sebelah kanan, itu bermakna dia sedang mereka atau mencipta sesuatu atau lebih mudah sedang menipu... dia sebenarnya nak berselingkuh dengan korang.... cuba la pada bf/gf korang?? tanya kat dia "sy cantik x?".. ha!! kalau dia cakap "cantik" tapi pandang ke sebelah kanan dan ke atas,, siap sedia la yer berperang.. hehehe..


MEMANDANG KE ARAH KIRI DAN KE ATAS

kalau oseseorang melakukan perbuatan seperti yang di atas bermakna dia sedang mengingati atau mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang pernah dilalui olehnya.... sebagai contoh anda tanya kat bf/gf anda berapa kali dah bercinta, dan memberi reaksi jawapan bersamaan pandangan di atas itu bermakna dia cuba mengingati dah berapa kali dah berapa orang kekasih dia sebelum korang..


MEMANDANG KE ARAH KANAN DAN SELARI DENGAN TELINGA

yang ini sama macam kat atas sekali... dia cuba untuk menipu dan mereka atau mencipta jawapan baru bagi menjawab soalan2 korang atau membalas perbualan korang... so perhatikan mata dorang ni semasa bercakap... boleh jugak digunakan untuk memerangkap orang...


MEMANDANG KE ARAH KIRI DAN SELARI DENGAN TELINGA

pandangan ni pon sama jugak macam memandang ke arah kiri dan ke atas.... orang yang melakukan perbuatan sedemikian bermakna dia cuba menginati dan mengimbau kembali apa yang pernah dilaluinya..


MEMANDANG KE ARAH BAWAH DAN KE KANAN

orang yang memandang ke arah bawah dan ke bawah ini ialah orang yang sedang bermain dengan emosi dan perasaan... jadi orang yang emo biasa macam ni la... bole korang bercakap dengan seseorang dan dia melakukan perbuatan tersebut bermakna hati dia tengah gundah gulana la tu... bagi sesiapa yang baru nak cucuk jarum gunakan lah kesempatan nie untuk pikat hati dia... confirm dia akan cakap korang la orang yang paling memahami dalam dunia ini walaupon baru kenal... romantik gitu...
suka?? like la.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...