My Spirit.. :)

Tuesday, July 16, 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Assalamualaikum...

Setelah lama terkubur akhirnya hidup kembali blog ni hanya untuk join GA dari nisakay! yeeaahhhh....
So to all yang nak join boleh klik banner ni laju-laju...


Malas nak cakap banyak,, just baca je ye dibawah ni.... :

CARA MENYERTAI :
  1. Buat entry yang bertajuk : I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com
  2. Tepek banner pink di atas. Tak kisah lah nak tepek besar-besar atau kecik-kecik. Asal nampak.
  3. Follow dan like semua sponsor hadiah giveaway. KLIK SINI : Senarai Hadiah GIVEAWAY
  4. Back link ke entry ini semula. Atau dalam erti kata lain letak je link entry giveaway ni dalam entry.
  5. Submit link entry anda di ruangan komen di bawah. PERMALINK okay ! Maknanya link untuk entry tu sahaja. Jangan submit link blog sahaja.


    Fuuuhhhh... done! penat jugak nak menglike n follow semua sponsor but bak kata nisa "Hadiah untuk mereka yang put effort untuk join okayyy. So kalau tak menepati langkah-langkah di atas memang aku takkan layan hokehhh !"... kikiki.. so i put all my effort for the GA from nisakay... harap-harap ada rezeki.. insyaAllah.. :)


    JOM join,, hadiah menarikkk!! wwoott wooottt...! oppss, one more tarikh tutup 21 julai hokeyyy!! cepat2.. :)


suka?? like la.. hehe

Thursday, February 14, 2013

Aaron Aziz with you...


Assalamualaikum...

Lamanya tak menulis.. Mood malas makin menjadi-jadi.. hahaha.. aku rasa tak lama lagi blog ni pon akan terkubur dengan sendirinya.. Feel nak berblog dah tak macam dulu.. Tapi aku tetap nak story mory kisah aku bersama Aaron Aziz gitu.. hihi..


Beberapa bulan yang lalu.. diulang, beberapa bulan yang lalu (dah jadi pekasam dah aku simpan).. Aaron Aziz telah mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar UUM sempena nak banteras HIV & AIDS.. UUM merupakan universiti pertama yang Aaron Aziz datang.. So, ipt lain, nantikanlah kedatangan Aaron Aziz kerana beliau akan membuat program ni ke seluruh ipt di Malaysia.. insyaAllah...



Ini facebook rasmi kelab ni, korang boleh la add.. Red Ribbon Youth Club (RRYC) ini juga akan ditubuhkan sebagai kelab di universiti.. Kepada sesiapa yang fanatik dengan Aaron Aziz boleh lah join kelab di universiti anda (untuk makluman aku tak join pon).. hahaha.. aku tak fanatik pon.. Oh ye, ramai lagi artis tip top lain yang terlibat dalam kelab ni tapi aku lupa sebab da lama sangat program ni.. haha..



Dan seriusly aku pon tak sangka dapat jumpa Aaron sedekat ini.. memang depan muka aku betul-betul.. mungkin sebab tak ramai yang tahu program ini.. sebenarnya program ni diadakan semasa orientasi pelajar,. so pelajar senior belum balik universiti lagi dan pelajar orientasi pula sibuk dengan program orientasi mereka..



Banyak perkara baru yang aku belajar antaranya darah penghidap HIV yang terdedah kepada udara takkan berjangkit kerana kuman pembawa HIV tu sensitif dengan udara luar.. So jangan la korang jijik sangat dengan dengan mereka.. Dorang pon manusia biasa dan ada antara mereka yang bersih secara tak sengaja terdapat penyakit ni.. So mereka pon berhak untuk mendapat apa yang kita dapat.. Yang penting jangan pandang hina dan tolong la mereka..





Kitaorang pon berpeluang mendapatkan tandatangan Aaron Aziz.. Memang aku pon tak lepaskan peluang ni.. hahaha.. (tak fanatik la sangat kan?)



Ini lah gaya orang yang tak fanatik.. hahaha.. Aku nampak kecik kan,, haha.. Abaikan..



Aaron macam malu-malu pulak nak bergambar dengan aku.. Actually beliau nak cepat tapi aku pulak sibuk-sibuk kat situ... hahaha..



Dan ini isteri beliau.. apa ntah nama dia.. hehehe.. sekarang siapa yang kecik? hehehe... tapi wife Aaron ni memang comel giler.... aku macam nak cubit-cubit je pipi dia.. haha.. overnya.. Oh ye,, nampak tak yang kat tudung aku tu.. Lambang RRYC,, aku dapat sebab antara peserta awal yang datang.. nampak tak aku punya tak fanatik?? hahaha...



And this video selekeh aku pasal RRYC ni.. Serius aku malu tangok video ni.. hahaha...

So kepada sesiapa yang mempunyai rakan, saudara, sepupu, rakan sekerja, jiran yang mempunyai HIV&AIDS, atau inginkan Aaron Aziz datang ke U korang boleh la join group ni RED RIBBON YOUTH CLUB dan berbincang dengan cik abang hensem kita, iaitu abg zamzuri.. hihihi... tapi bergantung kepada jadual Aaron la.. Katanya selepas UUM ialah UM,, so tunggguuu....! hehe..





suka?? like la.. hehe

Wednesday, December 19, 2012

Anonymous, is just for u..


This song is for one of my reader...

Stalker, i know who u are..
Thanx for you sebab menjadi pembaca setia my blog..
and this entry is just for you..
i hope you know where is your position now...







Waktu pun terhenti
Hatiku mencari
Mataku terpukau pada satu tatapan

Membeku langkahku
Tergetar hatiku
Terperangkap aku dalam keindahanmu

Kau dekati aku
Kau sentuh tubuhku
Kau buat diriku terhanyut dalam pelukmu

Sejenak kusadar kau bukan cintaku

Chorus:
Lepas pelukanmu dariku
Buang jauh perasaanmu
Semua tentang kita
Ingin aku lupakan
Yang lalu biarlah berlalu
Jangan lagi ini terjadi
Biarlah kita jalani
Cinta dijalan yang berbeda

Yang telah terjadi
Sudahlah lupakan
Jika terus kau kenang
Hanya membuat luka dihati

Sadarilah aku
Bukan cintamu
Sadarilah aku
Bukan milikmu

Chorus

Yang lalu biarlah berlalu
Jangan lagi ini terjadi
Karena ini hanyakan
Semakin menghancurkan
Semakin menghanyutkan
Semakin mematahkan
Hatimu



suka?? like la.. hehe

Tuesday, November 13, 2012

AL-Quran Edisi Wanita yang menarik!! :)


Assalamualaikum.....





Kepada semua blogger.. Tahukah anda tentang Al-quran edisi wanita yang sekarang menjadi rebutan terutamanya kaum hawa lah kan... terdapat banyak keistimewaan dalam al-quran ini selain designnya yang menarik.




Al Quran Wanita Bludru A6 (TERJEMAHAN)

-Dengan khat naskah rasm utsmani dan terjemahan.

*Dengan 13 keunggulan :
1. 744 halaman berwarna dengan frame bunga
2. Al-Quran dan terjemah 30 Juz lengkap
3. Al-Quran quantum wanita
4. 20 Sejarah wanita dalam al-Quran
5. Gelar wanita dalam Islam
6. Agenda Muslimah khatam al-quran
7. Tabel ibadah rawatib wanita
8. Tabel Ibadah Nawafil Wanita
9. Wanita yg Haram dinikahi
10. Ensiklopedi ayat-ayat wanita
11. Tips tampil cantik sesuai sunnah
12. 40 Hadits tentang wanita
13. Fiqih ibadah wanita





Tampil Elegan dengan khas feminim, Al-Qur'an Wanita dilengkapi dengan Kaleidoskop Sejarah Wanita, Perjalanan hidup 20 Wanita yang diabadikan Al-Qur'an, Gelar-gelar Wanita Sepanjang Zaman, dan hadits-hadits Rasul Seputar Wanita. Sangat Layak untuk dimiliki!..




Terdapat tiga jenis warna yang menarik iaitu PINK , PURPLE, TURQUOISE. Jadi tunggu apa lagi,, Dapatkan senaskah  >>disini (fb)<<  atau boleh email kepada saya di eynamukminah@yahoo.com.. :)

suka?? like la.. hehe

Thursday, November 8, 2012

Pemenang GA!!.. Tahniah..! :)

Assalamualaikum....

jeng jeng jeng.... Tiba la waktu yang dinanti-nantikan... Cewah, macam nak umum apa je..
1st sekali nak cakap thank sangat-sangat kepada semua yang join..

Ok lah! Jangan buang masa, so ni dia keputusan daripada pakcik random.org.. hehehe..

leopard pashmina + brooch

orange pashmina + broochs


Blue pashmina +broochs


peach pashmina + broochs


4 broochs 



Ok,, itu sahaja,, kepada yang tak bertuah tu tak apa.. jangan risau... InsyaAllah kalau murah rezeki, dipanjangkan umur, saya akan buat GA lagi...

Kepada pemenang email me your name, address, tel.no di eynamukminah@yahoo.com or add my facebook (can find my fb at the right side). 

* Sila tinggalkan komen if nak add fb takut tak ter'approve'
* Tinggalkan komen juga if dah hantar email to me..
* Nyatakan item yang anda dapat (takut tertukar dengan orang lain)
* Jika tiada respon/ tidak tuntut dalam masa dua minggu, so kita akan undi untuk pemenang baru.

AND sekali lagi thank a lot atas penyertaan...!!! ^_^






suka?? like la.. hehe

Wednesday, November 7, 2012

Give Away from Eyna Lollipop

..THIS IS STICK POST..

Assalamualaikum....

Agak lama rasanya tak update blog.. Oleh kerana laptop dalam keadaan yang tidak sihat jadi terpaksa tangguhkan untuk mengupdate.. hehe

Oklah, ni gud news untuk semua blogger.. hehehe.., eyna akan mengadakan GA untuk korang...

1st time nak buat GA,, hope korang join la ramai-ramai ye.. hehe.. bagi sokongan kat eyna, mana lah tahu lepas ni boleh buat GA lagi.. :)


Caranya mudah sahaja:

1. Buat entry bertajuk "GA Eyna Lollipop"..
2. Tempek banner yang tak seberapa kat atas ni dalam entry korang..
3. Jadi follower eyna lollipop..
4. Jangan lupa tinggal url anda di ruangan komen..
5. Tag 3 orang kawan anda..

Simple kan? so apa tunggu lagi.. Jom join...



Antara hadiah yang disediakan adalah:

4 jenis pashmina seperti dibawah ini





dan beberapa biji keronsang....

4 orang yang bertuah akan mendapat pashmina + dua keronsang... 1 orang bertuah pula akan dapat 4 keronsang... So,, apa tunggu lagi... cepat2! join GA nie... :)


p/s: undian akan dibuat menggunakan random.org..
    : jika penyertaan kurang dari 10 orang,, GA ini akan dibatalkan serta merta...
    : Jika ada sambutan yang menggalakkan eyna akan cuba menambah hadiah..


!!..UPDATE..!!

SILA CEK NAMA ANDA >>DISINI<< :)



suka?? like la.. hehe

Senarai nama peserta GA..

Assalamualaikum..

Di bawah ini adalah senarai nama mereka-mereka yang join GA saya.. Jangan lupa cek nama anda dan tinggalkan komen if nama korang tak ada dalam list.. :) GOOD LUCK DEAR..! <3

1. Arryana Nasution
2. Isabel Diaz
3. hannanhadila
4. Sii Polkadot
5. Pelangi Senja
6. SyUhAdA
7. SLUMBER SAGUN
8. Secret Garden
9. fayun
10. lady L
11. Chien si puteri
12. wana wazm
13. Nurul Atiqah
14. e-zati alyxie
15. Rara Farhan
16. Lily
17. Miss Iqah
18. Budak Mata Bulat #1
19. Budak Mata Bulat #2
20. izan mama mia
21 NURUL
22 Yaya Hatsumi
23 liazahirah #1
24 liazahirah #2
25 Auni Soffiya
26 yusmiey elska
27 Salina
28 Dunia Wilma
29 XxFaraizatii2NdxX
30 gee azie
31 LyllAzhar ll
32 zulaikha :)
33 Maryam Solehah
34 Miza Yusof
35 Nadratul Syazwana
36 JaSSNaNi
37 ainkamal
38 Nur Syahida
39 Hanis Syazana
40 mi$$ch0c0laTe
41 Lynn Azzam
42 Farah Izzati
43 miss chillax
44 nis


suka?? like la.. hehe

Sunday, August 5, 2012

Trifle _ Desert simple for Iftar..

Assalamualaiku w.b.t...


Hari ini aku nak kongsi dekat korang semua cara membuat trifle.. sangat simple, jadi kalau macam dah tak ada idea sangat nak buat apa,, boleh cuba resepi ini.. Adik-adik pon boleh buat tapi minta izin mak ayah dulu ok? hehe...

Bahan-bahan yang perlu ada ialah:
BAHAN A
Chocolate cake.. ( Beli je kat kedai..)


BAHAN B
1 cawan Tepung kastad (senget)
1 cawan susu cair
1 cawan gula
2 1/2 cawan air


BAHAN C
Jelly Powder

Caranya mudah je..

#1. Potong kek coklat then susun dalam bekas.. (agak-agak muat la satu kek tu)
#2. Campurkan semua bahan-bahan B dan masak sehingga berkilat then tuang atas kek yang telah disusun..
#3. Masak jelly ikut peraturan yang disediakan dikotak then tuang kat atas lapisan kastard
#4. Hias dengan buah-buahan kesukaan anda, pakai cocktail pon boleh..
#5. Sejukkan, tak nak pon tak apa...
#6. Tunggu azan maghrib untuk berbuka puasa dan boleh la makan selepas makan kurma.. haha..


Beginilah ghupenye... hehe.. comot-comot sikit.. biasa lah.. seni.. hehehe..


*Pandangan dari tepi... Kau tengok kastard dye,. beromabak habis,, kalah ombak rindu.. (ini lah masalah kalau tangan terlalu seni).. hahaha..

*Gambar ni aku just nak bagi nampak cara susunannya,, yang bawah sekali kek, tengah kastard dan atas jelly..


P/s: Sebelum makan jangan lupa baca bismillah yer... Selamat Berpuasa.. :)


suka?? like la.. hehe

Sunday, July 22, 2012

Wow Gurl..! Birthday Present from ELIANTO..

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini adalah 2nd Ramadhan = 22 Julai 2012., maka genaplah aku berumur 22 tahun...Cantik kan? Itu lah power of two.. haha.. Aku harap dengan number yang cantik ni + bulan ramadhan pulak tu, aku dapat menjadi hamba ALLAH yang lebih baik dari sebelum ni.. insyaAllah...



Ok lah, berbalik pada tajuk.,, Yes gurl ! Apa yang korang baca tu betul... Aku dapat hadiah hari jadi dari Elianto... Wahhh! Aku pon tak sangka okeyh... Oh ya, satu lagi ELIANTO ada diskaun for Elianto Anniversary, up to 70%.. Apa lagi..!! Jangan lepaskan peluang ni..



Al-kisahnya mula-mula aku just nakl cari mascara and eyeliner je...

FAIRY MASCARA
Untuk melebatkan dan melentikkan bulu mata


EYELINER PENCIL
Untuk mata kelihatan segar

Lepas tolak diskaun sume harganya adalah dalam RM46 kot.. jadi jurjual tu suruh aku cukupkan belian sebanyak RM50 supaya dapat jadi ahli.. Aku pon ok je sebab aku dah mula jatuh cinta dengan Elianto ni.. Aku pon tambah lagi dua mask.

HERB MASK SHEET
Untuk kulit yang sensitif macam aku.. hehe..

Dengan ini sahlah aku sebagai ahli Elianto, but kisahnya belum tamat.. Rupanya kepada ahli Elianto, mereka akan dapat diskaun sempena hari jadi sebanyak 15 HARI ok! 7hari sebelum dan 7 hari selepas bufday anda...



Oleh kerana aku pergi  4 hari sebelum bufday aku, jadi aku dapat keistimewaan itu... Jurujual tu pon cakap "Ek eh, awak punya bufday dah dekat, jadi awak dapat diskaun, awak kena ambil lagi barang kami untuk cukupkan RM50 sebab barang-barang yang awak ambil tadi ada diskaun  istimewa sempena hari jadi awak.."

Aku pon macam WWOOOOWWW, nak beli apa lagi ni, semua aku dah ada, jadi aku pon decided ambil lip gloss satu.. (yang kat rumah pon baru je guna)

BARLUME LIPS GLOSS
Tahan lebih lama dan sangat selesa..

Lepas dah bayar semua, Jurujual tu pon cakap "jap-jap, kami ada free gift untuk bufday".. Alahai free gift pulak... Wahhh,, tuah badan... So aku dapat satu eye shadow. (Guna masa ada event je pon)

ARDOUR SHADOW
Untuk mata kelihatan lebih menawan.

So, itulah kisah aku bersama Elianto.. Percaya atau tak,, semua pembelian aku hanya RM52.00 sahaja.! Diulang RM52.00 sahaja.. Perrghhh! Berbaloi-baloi..



Jadi apa lagi?? Sementara Elianto masih menjalankan diskaun sempena Anniversary up to 70%,, pergi la shoping barang raya disana... hehehe... Pasti korang takkan kecewa.. Barang-barang dia best dan yang penting customer dilayan dengan sangat mesra...!

Kepada yang bufday makin hampir tu, jangan lepaskan peluang menjadi ahli Elianto.. banyak keistimewaan yang korang akan dapat.. Gempak wa cakap lu..  hehe...

Ok la, itu saja... Nyte bubye.. :)

*Maaf kualiti gambar tak berapa baik.. :)




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me suka?? like la.. hehe

Friday, July 20, 2012

Kenapa macam ni?

Assalamualaikum....





Agak surprise bila buka je blog tengok blog berwajah baru.... Tapi sayangnya bukan good news bagi aku... Aku rasa wajah baru ni tak mesra alam.. aku suka yang dulu... anyone help me?? Ada cara tak nak tukar yang baru ni kepada yang lama??

Tolong! tolong! tolong!

p/s : Jadi kekok pulak nak tulis panjang2 sejak dah lama tak update blog.. suka?? like la.. hehe

Ramadhan datang lagi... :)


Assalamualaikum w.b.t....


Waahhhh! Dah dua bulan tak update blog.. Al-maklumlah dah ada kat rumah ni, laju sikit line nya dari u.. that why bila kat u malas nak update + busy study! (kononya)...



Ok lah, di kesempatan ini nak ucapkan Selamat Berpuasa n menjalankan amal-amal ibadat.. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang lepas... InsyaAllah... :)

cilok pict cover photo fb gua jer... hehe..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan.. suka?? like la.. hehe

Saturday, April 14, 2012

Dapatkan wajah yang segar! =)

Assalamualaikum dan selamat malam....

Ini adalah post terakhir aku sebelum berangkat ke uum.. Beberapa minit je lagi tapi masih sempat.. huahuahua.. Bila aku dah ada kat uum mesti jarang la aku nak update blog ni jadi aku kenalah gunakan peluang ini sebaik mungkin dengan menaip sepantas kilat...! hahahaha..

Oke lah,, aku nak bagitahu korang macam mana cara aku nak nampak muka segar-megar.. caranya senang saja.. Perhatikan gambar di bawah :

Sebelum

Selepas

Nampak tak perbezaannya? Hanya pada mata je boleh menjadikan muka anda berseri-seri dan segar.. hehe.. xpayah nak tempek makeup tebal-tebal.. Sekali zzuupp je  dengan eyeliner IN2IT ni dah dapat selesaikan masalah.. hehehe...

Kalau aku jalan jauh-jauh yang memerlukan aku singgah solat dimana-mana, eyeliner ni mesti ada dalam beg aku.. hehe..




Ini lah dia rupa eyeliner yang aku beli.. Aku sangat berpuas hati dengan eyeliner dari IN2IT ni.. Sangat senang nak kenekan.. Meh aku bagitahu antara kebaikannya:

  • super long wearing
  • waterproof (ye, betul, walaupon berpeluh tapi tetap melekat di mata)
  • dries in 60second (tapi rasanya 10saat je dah kering, pantas! )
  • dries to a shiny finish
  • flexi-tip applicator for fine lines
  • no bleeding, no running
  • no smudging or 'panda eyes'
  • no fragrance
  • easy to apply & remove

Semua terbukti setelah sekian lama aku menggunakannya.. Yang terakhir tu sangat la setuju.. Walaupon dia cakap waterproof tapi jangan risau, bila anda ambil wuduk, memang boleh hilang dan sangat senang nak hilang,, dia tak bersepah jadi tak sakit mata anda nak lap banyak kali..

Anda boleh guna hujung kuku, dengan bantuan air dan pencuci muka, sekali tarik dah tertanggal macam gam zaman sekolah dulu, bukan gam gajah oke!.. hehe





Gambar di atas ni pon produk dari IN2IT,, tapi yang jenis sparkling punya... ada gliter-gliter.. so kalau feeling-feeling nak jadi retis.., boleh la beli yang macam ni,, sangat menarik dan tak over sangat.. so sesuai la untuk aku yang suka simple-simple ni..

Harganya pon ok-ok la.. Around RM14 - RM22... So cubalah cinta aku ni, mana tahu akan jadi cinta baru anda pulak.. hehehe.. =)

P/s: Nak bersiap-siap untuk mengejar masa depan pulak.. hehehe..





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me suka?? like la.. hehe

Friday, April 13, 2012

Jom cuba pizza 3D..!! Meriahh~~

Assalamualaikum...

hai semua...




Itu dia gambar aku dapat dari pakcik google yang serba ada.. hehehe..



Sementara aku ada kat kampung ni,, aku gunakan masa sebaik yang mungkin.. kalau kat uum susah nak kene sewa kereta, duit minyak, duit makan, tempat pulak tak tahu sangat... Kalau kat rumah best,, just call 'mum, hari ni kawan-kawan ajak makan pizza' (sambil buat muka mintak penyepak).. hehehe.. Jom pergi..



(muka semangat nak pergi makan)


So, inilah masanya nak mungcuba pizza 3D or dengan nama lainnya Triple Chicken Sensation Pizza.. Agak berbelit jugak la lidah melayu ni nak sebut laju-laju.. hahaha...



Tara,,,, macam ini lah rupanya (tak seindah gambarkan)... hahaha,, biasalah, marketing punya kerja... gambar promote nampak macam sedap-sedap je... Walau apa pon ianya tetap sedap!!!!!!!!! hahahaha... Cuma Thai Seafood masih di ranking tertinggi bagi aku lah..

Ini pulak antara makanan lain yang kami order..

Extra Larger Criss-cut Fries 

Chesse-baked Meatball (paling aku suka okey! yummy)

two Tropical Fizz + one Asam Boi Fizz

And the conclusion untuk semua rasa yang aku dapat ialah:


Orang cakap gambar dapat menceritakan segalanya.. So,, dari gambar pon mesti korang dah tahu kan?.. hehehe... Kami dah macam apa,, kenyang sangat-sangat dan berpuas hati especially meatball..!! haha.. Kalau pergi pizza mesti kene try dia punya baked meatbal... superb!!

Jangan lupa cuba.. confirm tak menyesal.. :)




suka?? like la.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...