My Spirit.. :)

Wednesday, April 13, 2011

..:JoM kE TeRenGgAnu:..

Entri kali nie pasal cuti-cuti Malaysia sebab baru-baru ni ada la tolong member buat slide pasal kepok lekor. masa cari gambar tu.., banyak pulak yang keluar pasal terengganu ni.. jadi terdetiklah la kat hati nak memperkenalkan pada korang pasal negeri kesayanganku TERENGGANU.. hehe..


RANTAU ABANG
RANTAU ABANG sangat terkenal dengan tempat penyu bertelur or dalam sleng terengganu 'penyu telo'.. pelancong yang datang sini semestinya nak tengok cara penyu bertelur depan mata dorang sendir. telur penyu ni pulak akan dijaga oleh abg-abg ensem yang bekerja disana supaya tak ada yang ambil telur-telur nie untuk dijual. kiranya untuk mengelakkan penyu ini pupus. kalau dah pupus,, apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang.. sekarang nie pon dah semakin berkurangan..


PANTAI BATU BUROK
PANTAI BATU BUROK famous dengan pasir pantainya yang putih, dengan pokok casuarinas yang bergoyang mengikut rentak angin di belakangnya. suasana yang berangin ni sangat sesuai untuk bermain layang-layang de tepi pantai tapi sayangnya pantai ni tak boleh mandi kerana berbahaya. terdapat jugak berderet-deret warung makanan kat area BATU BUROK ni seperti ais krim goreng, nasi dagang, makanan laut. terdapat jugak A&W dan KFC danterletak berhampiran dengan hospital serta hanya 1km dari pusat bandar.


TAMAN TAMADUN ISLAM
TAMAN TAMADUN ISLAM adalah sebuah taman tema yang memaparkan keunikan koleksi monumen-monumen hasil seni bina Islam yang tersohor dari seluruh pelusuk dunia. terdapat pelbagai kemudahan dan tarikan bagi setiap lapisan umur dengan tema utama "education and entertainment". gambar di atas ni pulak ialah masjid kristal yang menjadi tumpuan atau simbolik untuk TAMAN TAMADUN ISLAM. terdapat juga dewan yang boleh disewa untuk dijadikan tempat semonar, bengkel atau sebagainya.


MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH
MAJID TENGKU TENGAH ZAHARAH juga dikenali sebagai "The Floating Mosque of The East" kerana rekaannya unik yang mencipa ilusi seperti terapung di atas air. masjid ini terletak di pinggiran pantai Kuala Terengganu, on a lagoon by the mouth of sungai Ibai. masjid ini terletak lebih kurang 4km dari pusat bandar. kawasan ini juga sesuai dijadikan kawasan riadah bersama keluarga.


SEBERANG TAKIR
naik perahu menyeberangi sungai Terengganu untuk ke SEBERANG TAKIR, sebuah desa nelayan. di sini anda boleh melihat nelayan datang dengan tangkapan mereka pada waktu senja atau lewat malam. seberang takir juga menawarkan permandangan yang menarik dari langit kuala terengganu dan laut china selatan.


SULTAN MAHMUD INTERNATIONAL AIRPORT
ini bukan tempat untuk melancong tp ini lah airport terengganu.... baru lg dapat title "international" ni...  jarak dia dari pusat bandar kalau tak silap 15km kot... so,, kalau datang kat TERENGGANU naik flight,, kat sini la korang landing nanti.....


banyak lagi tempat menarik macam kat pulau duyong, pulau kapas, pulau perhentian, air terjun sekayu, tasik kenyir dan banyak lagi la...
kalau dah datang TERENGGANU, jangan lupa makang kepok leko  ngang nasik dagang neh?? dap ngakkkkkk....!!! ok?
hehehe,,,, WELCOME TO TERENGGANU pada siapa2 yang pasang niat nak datang terengganu 2...


LAYAN LAGU TERENGGANU JOM!!!
(sory, berlaga dengan lagu rapuh plak)
suka?? like la.. hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...