My Spirit.. :)

Thursday, April 7, 2011

..:TeLuR pALsU:..


sekarang ni dah kecoh sangat pasal telur palsu..
persolan yang sering timbul ialah macam mana nak bezakan telur asli dan palsu...
aku sendiri pon tertanya2 macam mana caranya...
sini ada beberapa gambar yang mungkin dapat korang nilai dan bezakan mana yang fake n ori..
kenapa perlu ada telur palsu?? sebab kos untuk membuat telur palsu sangat murah...


ini perbezaan kulit telur,,,,,
kulit telur tiruan sangat rapuh dan mudah pecah..
kalau diperhatikan betul2,, telur tiruan kulitnya lebih licin daripada yang sebenar namun apabila dirasa dengan tangan, telur tiruan lebih kasar berbanding telur sebenar...



kuning telurnya pula nampak lebih jernih berbanding kuning telur biasa...
apabila digoreng tedapat buih2 yang byk pada putih telur tetapi sukar untuk dibezakan dengan telur ori..



(click gambar untuk gambar yang lebih jelas)
ini antara perbezaan lain selepas telur direbus...

bahaya ke telur nie??
Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

ada juga sumber yang menyatakan telur tiruan lebih sedap dari telur sebenar,.
lepas nie kena lebih berhati-hati dalam memilih telur...
harap dengan info yang tak seberapa ni,, kita dapat belajar sesuatu... =)




suka?? like la.. hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...