My Spirit.. :)

Monday, June 13, 2011

..: ubah attitude kerja :..

Assalamualaikum.....




apa yang aku perasan kebanyakan orang-orang bawahan lebih over dari pegawai tu sendiri.. Diulang,, KEBANYAKAN ok.. so tak semua macam tu... aku bukan nak menghina orang bawahan sebab aku tahu lepas aku habis belajar nanti aku pon akan berada di tempat yang sama,, iaitu bekerja bawah orang tapi insyaAllah aku akan cuba jadi yang terbaik untuk organisasi aku...

cuma apa yang aku tak paham kenapa perlu ada perasaan sombong di aplikasikan dalam pekerjaan... selama aku belajar bidang perniagaan ni tak pernah pon ada konsep macam tu... apa yang aku tau customer is the king.. itu yang selalu cikgu dan lecturer aku ulang... apa pon yang terjaci customer is the first.. kebajikan mereka perlu diutamakan.. aku suka untuk gunakan perkataan "customer" untuk mewakili semua orang... (bukan perniagaan je tapi semua organisasi awam/swasta)

satu lagi yang aku perasan ialah kekaburan tugas.. sebagai seorang pekerja mereka mesti tau bidang tugas mereka dan aku rasa mereka sesekali tak boleh jawab "maaf cik, saya tak tahu".. mereka sepatutnya tahu semua perkara.. kalau bukan bidang tugas mereka, mereka mesti tahu kemana customer tu patut pergi..

aku rasa dari sekolah lagi aku dah alami perkara macam ni dan kadang2 aku naik muak sampai aku akan kata semua mereka sama je! tapi sekarang aku sedar, aku tak sepatutnya cakap macam tu... mungkin aku masih tak jumpa lagi pekerja yang betul2 ada rasa tanggungjawab dengan tugas mereka a.k.a tak makan gaji buta...

sangat menyedihkan bila kita as a student di layan macam sampah budak-budak... suka2 hati nak  marah-marah dan langsung tak senyum.. buat apa ada "kuanter pertanyaan" kalau bila ditanya kene marah? apa tugas anda sebenarnya? duduk melepak kat kuanter sambil tunjuk baju+barang kemas yang korang baru beli dan mengumpat pekerja2 lain dan bos sendiri? masyuk la gaji korang kalau untuk tu je korang ke tempat kerja... aku buat baik tak dapat duit,, korang mengumpat duit masuk tiap bulan.. peerrrgghh! mantop r..

sangat menyakitkan hati pulak bila ada orang yang tinggi pangkatnya dari korang, boleh pulak korang senyum sampai telinga.. aku ingatkan pakai botok sebab tu muka tegang rupenya boleh senyum lagi.. paling tak tahan boleh pulak korang buat baik "ye, nak apa?" (sambil senyum kambing).. kau tak perasan ke aku dah duduk depan kuanter tu nak dekat sejam? sekarang baru nak tanya.. aku panggil berpuluh-puluh kali tadi kau buat tak layan... sangat drama ok? depan bos (bagi company), depan cikgu (bagi sekolah), depan lecture (bagi universiti) boleh korang buat muka suci dalam debu... wahhh!! kalau rosyam nor, mesti mamat khalid nak cari pelakon macam ni...

ada sesetangah orang kalau aku ajak pergi office dorang jadi fobia... sebab apa?? sebab tak mahu mengadap muka tempoyak mereka dan tak nak kene maki hamun macam kami datang ni nak mintak sedekah.. hey!! orang mintak sedekah pon aku tak pernah buat macam tu ok.. makin kesian kat dorang ada la..

TAPI aku paling suka bila aku rapat or kenal dengan orang atasan... kalau kat sekolah,, nak mintak tandatangan pengetua/PKHEM dah tak payah jumpa kerani, terus dapat sign.. sebab bila jumpa kerani, aku panggil 2 3 kali korang buat tak layan.. sibuk sangat ke?.. oh! lupa,, tak habis mengumpat lagi kan? ok2...

ni pulak yang baru berlaku tadi... ada sesuatu yang missing dalam slip aku... jadi aku rujuk la kat korang.. tapi korang cakap bukan korang yang uruskan, then korang suruh pergi kat tempat sekian sekian... bila pergi sana, yang sana pulak cakap suruh pergi kat korang.. mana satu ni? kalau 1 tempat ke 1 tempat dekat tak apa... dah lah ada kelas lagi lepas tu,, nak ulang alik lagi... helo? ingat kami ni apa?? sekali aku mengadu kat lecture, dengan lecture2 aku sekali turun padang... ambik kau! baru sedar ke tugas korang? dan boleh pulak korang cakap "amboi,, bawak kepala ye"... habis kalau aku tak buat macam tu,, sampai bila2 masalah aku tak selesai.. kalau aku sorang tak ape,, tapi ramai lagi kot senasib dengan aku...

conclusionnya, aku sedar dan aku tahu satu hari nanti aku pon akan ada kat tempat korang... tapi kalau boleh aku tak nak ada attitude macam korang... ramai orang salahkan universiti or organisasi tersebut, salah konsep tu, jangan cepat sangat melatah.. bak kata lecture aku, institusi tu tak bersalah tapi orang2 dia yang tak bertanggungjawab..

Jadi ingatlah kita bekerja bawah orang, nama baik institusi tersebut bergantung pada kita.. silap la kalau kita cakap bukan syarikat aku,, buat apa aku nak ambil kisah.. bila syarikat tu tutup sebab pelanggan tak suka dengan cara korang.. baru korang nak kumpul surat khabar then circle kan kat ruangan cari kerja?.. korang bukan susahkan diri korang je tau? tapi dah susahkan ramai orang.. fikirlah betapa besar sebenarnya tanggungjawab korang yang sememangnya korang tak pernah nak sedar... aku harap sangat dah tak jumpa orang-orang macam ni lagi sebab aku pon sedar aku akan sentiasa berurusan dengan orang2 macam ni...

*siap karangan....! suka?? like la.. hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...